Hari ini ibuku membekalkan aku nasi dan lauk untuk aku bawa pulang ke kampus. Masakan emak memang tidak dapat dinafikan memang sedap. Tiada sesiapa yang boleh menandingi masakan emak. Mungkin juga begitu buat orang lain. Masakan mak adalah no 1 di dunia. Sewaktu mencedok lauk di dalam plastik yang emak bekalkan pagi tadi, sekali lagi idea untuk aku menulis cerpen eksperimen tiba-tiba menerpa. Ayam masak merah yang emak bekalkan untukku bukan sahaja memenuhi seleraku malah juga memenuhi kehendak fikiranku yang ternanti-nanti untuk idea berkunjung ke segenap ruang fikiranku.
Apalah nasib ayam-ayam ini menjadi mangsa untuk memenuhi seleraku. Setiap kali pulang ke kampung ayam masak merah yang menjadi permintaanku. Emak tidak jemu-jemu menyediakannya untukku walaupun setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun. Hanya itu sahaja lauk yang menjadi teman karibku setiap kali pulang ke kampung. Puas aku mencari ayam masak merah yang boleh menyamai air tangan emak namun masih belum dijumpai. Ternyata masakan emak tidak boleh ditandingi.
No comments:
Post a Comment