TERBANG BANGAU SEPANJANG HARI, KE TASIK JUA AKHIRNYA DICARI.

Tuesday, November 9, 2010

Happy Evening...

Evening all...
lastly abes jgk paper utk ari ni....dan bermaksud abes la exam utk sem ni..dan berakhir juge pembelajaran 4 dis sem...
ape perasaan saya??? of coz la hepi...so excited u...tp ada ckit la unsur sedih di ctu..
maybe lame bpisah ngan kwn2...sume da blik kg kan....
xde org yg nak dok cni kan3???abes kan cuti kat rumah lg best..include me..haha
coti ni x taw mau bikin ape kat rumah...
tidur??makan???jalan2 ngan family???watever la..janji ada income..
azam coti sem ni igt nak keje..nk kmpul duit becoz ada something yg perlu saya dptkan...
ri tu da post kat u all kan ape yg saya nak...???
hope sume 2 tercapai except la xde rzeki kan...
the las but not list...semoga kalian gembira selalu...
bagi yg pulang ke kampung hari ini berhati2 la ye...
c u guys next sem... :-)

Sunday, November 7, 2010

~~PEDOMAN UNTUK SEMUA~~

Barangsiapa tidak mengenali jati dirinya,  dia  akan terjerumus.

Barangsiapa takut kepada Allah, dia akan selamat.

Barangsiapa belum pernah mencuba sesuatu,  dia akan tertipu.

Barangsiapa menentang kebenaran, dia pasti akan terkalahkan.

Barangsiapa mengetahui akan datangnya ajal, pasti akan 

berkurangan angan-angan dan cita-citanya.


Tuesday, November 2, 2010

Selamat Malam Malaysia...

Hari ini adalah hari yang paling seronok dan menggembirakan kerana sekali lagi kami warga PERSURATAN MELAYU TAHUN 2 dapat berkumpul bersama-sama dalam majlis yang serba sederhana sahaja iaitu 'BBQ' atau makan malam akhir sem. Sudah lama kami merancang aktiviti ini semenjak dari semester lepas namun rezeki kami, aktiviti ini dapat dilaksanakan pada hari ini.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana mengurniakan kami rezeki yang baik untuk bersua lagi di dalam keluarga Persuratan Melayu kali ini. Sungguh menyeronokkan walaupun tidak semua dapat meluangkan masa bersama kali ini. Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kedatangan pensyarah yang sentiasa 'sporting' dan ceria iaitu Dr. Zubir Idris dan Che lah..Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis kami yang serba ringkai dan santai...Doakan kejayaan kami untuk peperiksaan semester ini dan akan datang.. 

Diharap majlis sebegini dapat diteruskan pada semester akan datang dan jika dipanjangkan umur olehNya berjumpa lagi kita pada sem berikutnya..
Akhir kata jumpa lagi kita di dewan peperiksaan KTAMS bagi menempuh kertas peperiksaan yang terakhir iaitu NOVEL MELAYU...

Semoga kejayaan mengiringi kita semua...Amin...Sama-sama kita panjatkan doa...

Thursday, October 28, 2010

Idaman ku....yeah!!

Sudah lama aku impikan 'si die' menjadi milikku. Alangkah indahnye hidup kalau aku dapat bertemu 'si die'. Buat masa sekarang aku sedang berusaha untuk mendapatkannya. Bukan dengan usaha mak dan abah. Tapi dengan usaha sendiri. Tapi kalau tak dapat jugak terpaksa lah minta bantuan mak dan abah....ahaks!!Satu ari nanti aku akan pastikan 'si die' menjadi milikku. Ohyeah!!!!'Si die' bukan manusia actually... CAMERA DIGITAL NIKON D700....Haha..Camera ni dah lama menjadi idamanku...
Kalau lah akau dapat 'si die' ni....mahu saja aku peluk2 cium..ahahahahha...gamba mak dan abah orang pertama yang akan aku snap nanti..(cewah) unsur2 pujuk mak n abah..
Hopefully....my dreams come true..hahahaha

Wednesday, October 27, 2010

SALAM SATU MALAYSIA..

Baru sahaja selesai menjawab kertas PENULISAN KREATIF SKMM 2083... Memeningkan kepala. Sekali lagi kertas peperiksaan hari ini yang benar-benar mengujiku.... Hanya berserah sahaja kepadaNya. Tawakal dan doa sahaja yang mampu ketika ini. Semoga rakan-rakan beroleh kejayaan..... Sama-sama kita doakan. Masih ada 3 kertas yang harus aku duduki. Ahad ini. Pertama kali peperiksaan jatuh pada hari cuti. 

Gara-gara pertukaran jadual.... Nasib kami kali ini barangkali. By the way..hanya lakukan yang terbaik. Selebihnya hanya berserah kepadaNya. Buku masih tebal untuk dibaca.... Itu sahaja coretanku kali ini. Sekadar melepaskan keluhan selepas berhempas-pulas selama 3 hari di dalam dewan peperiksaan. Baru hari ini dapat menarik nafas lega.

Monday, October 25, 2010

SELAMAT PAGI DAN SALAM PEPERIKSAAN....

Jarum sudah menunjukkan ke angka 2 pagi...aku masih tidak berganjak dari meja study..menghabiskan masa yang ada untuk mentelaah sastera hikayat yang bakal aku tempuh esok hari..semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar..oh Tuhan!!Berikan aku kekuatan dan hidayahMu Ya Allah...masa yang terlalu padat untuk semester ini. Baru petang tadi aku menduduki peperiksaan pengurusan masa..Malam esok sastera hikayat jam 8. Terasa seperti tidak sanggup untuk menempuh ujian besar ini. Tapi semangat harus diteruskan!!usaha yang penting dan selebihnya hanya berserah kepadaNya..semoga kalian semua juga punyai perasaan yang sama denganku..Akhir kata selamat maju jaya dan selamat menempuh peperiksaan. Good Luck!!

Tuesday, October 19, 2010

DEMAM PEPERIKSAAN

Peperiksaan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Jika dikira jamnya hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. Sekejapnya masa berlalu. Kurasakan baru sahaja berada di awal semester. Pejam celik sudah masuk minggu peperiksaan. Sudah bersediakah aku??
Masuk sahaja musim peperiksaan tentu sahaja badan tidak sihat. Demam, pening. Namun mungkin ini perkara biasa yang harus aku lalui setiap kali musim peperiksaan Kata orang demam peperiksaan. Mungkin juga tertekan dengan persiapan yang harus dilakukan untuk menempuh ujian besar ini. Mungkin juga tertekan dengan bebanan tugasan yang terlalu banyak untuk dihantar pada minggu sebelum peperiksaan. Barangkali semua sebab ini ya. Saya juga penhat membaca di ruang-ruang iklan yang menyentuh mengenai tanda-tanda 'stress' dan salah satunya adalah demam dan sakit kepala. Ya. Mungkin juga aku tergolong dalam kelompok itu! Masakan tidak. Semua orang aku kira mengalami tanda-tanda yang sama ketika ini. Tambah-tambah lagi dengan perubahan jadual peperiksaan yang diawalkan.

Berbanding semester-semester yang lepas kami diberi cuti selama satu minggu atau lebih sinonim dalam
kalangan mahasiswa iaitu 'study week'. Kali ini kami tidak diberi cuti itu. Seharusnya semua orang harus memanfaatkan masa yang agak singkat ini. Persediaan semestinya rapi. Akhir kata Selamat Maju Jaya untuk semua!!

Sunday, October 17, 2010

Ayam...bermacam ayam..ada ayam gemuk..ada ayam kurus..Namun bukan ini yang menjadi isu untuk cerpen eksperimen kali ini. Mungkin anda tertanya-tanya mengapa 'ayam' yang menjadi tokoh buatku untuk menghasilkan cerpen eksperimen ini. Seringkali kita lihat di blog paparan masing-masing kebanyakannya memilih tokoh yang kebiasaannya merupakan manusia. Oleh kerana itu saya telah memilih haiwan sebagai latar belakang dalam cerpen saya. Barangkali kita tidak pernah terfikir bahawa haiwan sebenarnya banyak memberikan sumbangan dalam kehidupan kita seharian kerana kita salig memerlukan di dunia ini. Bukan kita sahaja yang berhak untuk menghirup udara di muka bumi ini. Bukan kita sahaja yang berhak untuk menikmati kurniaan Tuhan. Bukan kita sahaja yang berhak untk mendapat kebebasan di dunia. Bukan kita sahaja yang berhak untuk mempunyai keluarga yang bahagia namun makhluk-makhluk seperti ini juga mempunyai hak yang sama dengan manusia. Begitulah serba sedikit mengenai latar belakang cerpen eksperimen kali ini.
Hari ini ibuku membekalkan aku nasi dan lauk untuk aku bawa pulang ke kampus. Masakan emak memang tidak dapat dinafikan memang sedap. Tiada sesiapa yang boleh menandingi masakan emak. Mungkin juga begitu buat orang lain. Masakan mak adalah  no 1 di dunia. Sewaktu mencedok lauk di dalam plastik yang emak bekalkan pagi tadi, sekali lagi idea untuk aku menulis cerpen eksperimen tiba-tiba menerpa. Ayam masak merah yang emak bekalkan untukku bukan sahaja memenuhi seleraku malah juga memenuhi kehendak fikiranku yang ternanti-nanti untuk idea berkunjung ke segenap ruang fikiranku.
Apalah nasib ayam-ayam ini menjadi mangsa untuk memenuhi seleraku. Setiap kali pulang ke kampung ayam masak merah yang menjadi permintaanku. Emak tidak jemu-jemu menyediakannya untukku walaupun setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun. Hanya itu sahaja lauk yang menjadi teman karibku setiap kali pulang ke kampung. Puas aku mencari ayam masak merah yang boleh menyamai air tangan emak namun masih belum dijumpai. Ternyata masakan emak tidak boleh ditandingi.

Thursday, October 14, 2010

GILA KERJA!!

Selamat malam..dan pagi juga..
Jam sudah menunjukkan pukul 1.35 pagi. Namun tanganku masih tidak berganjak dari keypad laptopku yang aku sayangi. Masih banyak tugasan yang masih belum selesai. Esok pagi-pagi lagi aku akan berangkat pulang ke kampung. Ya, menemui ibu bapaku. Sudah lama tidak menatap wajah kedua 'kekasih' yang aku sayangi. Aku juga mengambil kesempatan ini untuk memohon restu mereka berdua sebelum aku menempuh peperiksaan yang hanya tinggal beberapa hari dan beberapa jam sahaja lagi.
Kebiasaanya aku memang begitu. Setiap kali sebelum menduduki peperiksaan aku akan pulang ke kampung bertemu mereka. Memang aku tidak nafikan bahawa mereka sahaja yang boleh membakar semangatku untuk menghadapi ujian besar itu. Sejak dari sekolah lagi setiap kali kertas peperiksaan yang akan aku duduki ayah dan ibu akan menghantar ku bersama-sama ke dewan peperiksaan. Namun di sini aku sudah hidup berdikari tanpa mereka di sisi bukan sahaja di waktu peperiksaan. Barangkali kawan-kawan juga mungkin mengalami perasaan yang sama denganku.
Laporan ini harus aku siapkan malam ini juga. "Hajar, saya mahu laporan ni sampai di tangan saya selewat-lewatnya hari isnin malam" kata felo kanan kepadaku. Akan ku siapkan juga kerana masih banyak tugasan yang menanti untuk disiapkan.
Mata sudah mengantuk. Orang mengantuk disorongkan bantal. Mahu sahaja rehatkan diri di atas tilam yang empuk berserta kain selimut yang lembut..enak sekali tika ini. 'Hajar, teruskan usaha'!!

Wednesday, October 6, 2010

30 SEPTEMBER 2010~~
AKADEMI SASTERA DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.
WAKIL DARI UKM - WAN MOHD SYAZWAN
BERBEKALKAN SEMANGAT SATU BAS KAMI KE SANA!!SEBAGAI PENYOKONG..HIHI

Tuesday, September 28, 2010

10 TAHUN AKAN DATANG

Andai aku tahu apa yg akan terjadi padaku 10 tahun akan datang..
Saintis...tidak mungkin...
Geologist...juga tidak mungkin...
andai aku boleh putarkan jam randik itu...
barangkali aku menjadi tutor di universiti...
barangkali aku menjadi pensyarah di universiti terkemuka....
usahawan??
aku tidak pernah terfikir ke lembah itu...
ops!!!ini bukan zaman P.Ramlee..
Ini zaman Hujung jari...
walau apa pun profesyen yg aku pegang..
itulah aku...
10 tahun akan datang...


States University of new York....
Mungkin aku juga bakal terbang ke sana...
Bukan omongan kosong...
tapi akan ku buktikan....
buat generasi akan datang...

Thursday, September 23, 2010

selamat petang.. Dari jam 8 sehingga jam 2 petang kelas berjalan sehinggakan tidak sempat menjamah sebutir nasi. Perutku berkeroncong. Terima mesej dari kawan subjek Pengurusan Masa bahawa jam 2 petang akan diadakan perbincangan. Alamak. Perutku harus terisi dengan sedikit makanan. Seusai kelas Dekorasi Melayu aku tergesa-gesa ke cafe untuk mengalas perut dan menunaikan solat Zohor. Sesudah solat aku bergegas ke perpustakaan. Alangkah kecewanya apabila masih ada ahli kumpulanku yang masih belum tiba. Bagaimana mahu memulakan perbincangan jika ahli kumpulan tidak cukup. Kalau ku tahu...

Wednesday, September 22, 2010

Salam Aidilfitri...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat dan sesiapa yang mengenali diri ini, saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh-Nya sentiasa. Selamat datang saya ucapkan kepada semua yang melayari blog saya. Semoga kita sama-sama dapat berkongsi idea dan pendapat dalam menghasilkan cerpen eksperimen yang bakal disiapkan nanti. Selamat berkarya!!
Keluarga saya..