sudah lama tidak mencoret kata-kata di laman ini..setelah sekian lama saya meninggalkan ruangan ini terasa rindu pula. Jika difikirkan ruangan ini sering sahaja saya gunakan sebagai perantara untuk melepaskan keluhan dan penat menjalani rutin harian sebagai mahasiswa di UKM. Saya fikir ruangan ini sahaja yang sesuai untuk saya meluahkan seribu satu macam rasa yang bersarang di dalam hati ini.
Berbagai-bagai perkara selama saya meninggalkan ruangan ini yang telah meninggalkan sejarah dalam hidupku..tidak ada insan yang saya kira boleh menjadi pendengar yang baik selain 'blog' kesayangan saya ini. Walaupun kehadiraannya dalam hidupku tidak pernah bersuara, marah, merajuk atau sbgnya. Blog ini yang setia menjadi pendengar yang baik untukku. Segala macam masalah hanya aku luahkan di ruangan ini. Bukan untuk tatapan semua sahabat tetapi untuk diri sendiri amnya.
Masalah yang saya fikir agak sukar diselesaikan kerapkali menghantui diri ini sehingga saya hampir berputus asa untuk menghadapinya.Namun berkat kesabaran dan dorongan dari ibu bapa juga kawan-kawan membuatkan saya terus bangkit melawannya..