TERBANG BANGAU SEPANJANG HARI, KE TASIK JUA AKHIRNYA DICARI.

Thursday, October 14, 2010

GILA KERJA!!

Selamat malam..dan pagi juga..
Jam sudah menunjukkan pukul 1.35 pagi. Namun tanganku masih tidak berganjak dari keypad laptopku yang aku sayangi. Masih banyak tugasan yang masih belum selesai. Esok pagi-pagi lagi aku akan berangkat pulang ke kampung. Ya, menemui ibu bapaku. Sudah lama tidak menatap wajah kedua 'kekasih' yang aku sayangi. Aku juga mengambil kesempatan ini untuk memohon restu mereka berdua sebelum aku menempuh peperiksaan yang hanya tinggal beberapa hari dan beberapa jam sahaja lagi.
Kebiasaanya aku memang begitu. Setiap kali sebelum menduduki peperiksaan aku akan pulang ke kampung bertemu mereka. Memang aku tidak nafikan bahawa mereka sahaja yang boleh membakar semangatku untuk menghadapi ujian besar itu. Sejak dari sekolah lagi setiap kali kertas peperiksaan yang akan aku duduki ayah dan ibu akan menghantar ku bersama-sama ke dewan peperiksaan. Namun di sini aku sudah hidup berdikari tanpa mereka di sisi bukan sahaja di waktu peperiksaan. Barangkali kawan-kawan juga mungkin mengalami perasaan yang sama denganku.
Laporan ini harus aku siapkan malam ini juga. "Hajar, saya mahu laporan ni sampai di tangan saya selewat-lewatnya hari isnin malam" kata felo kanan kepadaku. Akan ku siapkan juga kerana masih banyak tugasan yang menanti untuk disiapkan.
Mata sudah mengantuk. Orang mengantuk disorongkan bantal. Mahu sahaja rehatkan diri di atas tilam yang empuk berserta kain selimut yang lembut..enak sekali tika ini. 'Hajar, teruskan usaha'!!

No comments:

Post a Comment